Just had dinner bersama suami terchenta hasil air tangan I of course. Hiks. Hanya beberapa jam saja lagi Tahun 2010 akan datang. Suami awal2 lagi dah cakap celebrate di rumah saja depan TV tengok team Arsenal yang beliau puja lawan dengan team lembik jadi sudah pasti akan menang kan. Isk. Kejap lagi mungkin akan bawa I keluar jalan2 untuk makan favourite ice cream. Adoilaa. Sejak kawen nie, beliau memang liat mau keluar rumah. Lain dengan I yang memang kaki jalan haha. Johor tak ada istilah cuti umum untuk New year. Tapi tempat kerja suami mmg suka bersosial haha jadi beliau cuti esok I kena pergi meeting Jentera UPSR wtf wtf. Sabar jelah. Bila tahun baru nak masuk, I pun gediklah buat new year resolution ewahh.

Sudah lama bercita2 mahu mendapatkan buku cerita dari author yang awesome ini. I didn't read many books this year. Only P/S: I Love You and Thank You for the Memories. And both were amazingly great. Read and you'll know how wonderful Ahern is. I hope I can read more books in 2010. Not those Academic journals and articles. Ngeh. Those are not included of course. I mean reading for leisure. Siapa mahu hadiahkan I buku ini? I cari di MPH sini tak jumpa.
Bila status dah bertukar, pekerjaan pun dah tukar jadi tukang masak. Nyehehe. Sebelum nie I memang tak suka masak. Eh bukan, cuma tak pandai jadi the urge to cook memang harapan lah. Tapi bila kawen, automatically sedar diri yang kalau nak mengorat suami perlu mula dari perut beliau. Betulkah? Lepas kawen, I cuba masak dinner setiap malam. Suami suka lauk yang simple tapi simple pun I terkedek2 masak. Call org sana sini. Google macam2. Mujur dia tak banyak complaint. I hope 2010 nanti I akan jadi tukang masak yang hebat. Cakap saja apa mau makan, siaappppp! Haha.
Dari sekolah rendah, cita2 I hanya satu. Mau jadi macam makcik I yang sekarang seorang Prof dan berjaya mendidik anak2 jadi brilliant! Masih ingat betapa beliau terkejar2 mengurus anak2 sambil belajar dan kerja, urus suami yang asyik travel abroad. I teringin amat jadi macam beliau sampai lah I sendiri sambung belajar baru I tau peritnya hidup. I'm exaggerating already ;p Tapi sungguh, kerja sambil belajar sambil urus rumah tangga memang memenatkan. Ni belum ada baby. Tapi I percaya semua tu akan terbayar satu hari nanti. I pun tak pasti bila I akan habis masters degree nie. Terkedek2 nak habiskan setiap semester. Tapi bila result memberangsangkan I jadi semangat. Alhamdulillah, moga Tuhan permudahkan semuanya. Amin =)

Harapan yang satu ini memang sukar betul nak realisasikan OMG my BM is bloody good! Haha. Setiap kali berazam, ada saja makanan2 yang membuat saya kecur air liur. Heee. Hubby tak habis2 goda dengan makanan2 yang lazat. Jadi macam mana? Esok dah 2010. Perlu lebih kuat tahan nafsu dan makan makanan *ehem* berkhasiat sahaja *ehem*.
Dan yang paling ultimate sudah pasti mau satu family yang happy! I mahu jadi isteri mithali dan ibu pada anak2 yang gorjes dan hebat. Amin. I mahu buat family happy. Biar tak kaya raya pakai Ferrari tak ada rumah 3 tingkat asal cukup makan pakai, pelajaran dan yang paling penting adab dan akhlak mereka perlu bagus. Mak bapak I selalu pesan, duit banyak tak penting tapi make sure pelajaran anak2 terjaga jadi mereka boleh belajar cari duit sendiri dan belajar untuk hidup senang sendiri. Moga2 suami I juga boleh jadi Ayah terbaik untuk anak2 dan suami mithali untuk I. Amin.Selamat Tahun Baru people! I doakan yang baik2 saja untuk kamu semua. =D





























